Assalamualaikum
Semua
Selawat dan Salam
buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran
serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Suatu persoalan
yang berlegar di minda para peneraju organisasi, apakah pendekatan-pendekatan
untuk mengaplikasikan seni peperangan Rasulullah SAW dalam pengurusan
organisasi mereka? Di peringkat mana hendak dimulakan inisiatif aplikasi seni
perang tersebut?
Sebenarnya ada 12
pendekatan sebagai menu yang boleh dipilih oleh pihak pengurusan sesebuah
organisasi untuk memulakan aplikasi. Antaranya ialah:
1)
Pendekatan Menyeluruh
(Sweeping)
2)
Pendekatan Popular (Popular)
3)
Pendekatan Pulangan (Mileage)
4)
Pendekatan Hierarki (Hierarchical)
5)
Pendekatan Daya
Kemampuan (Capacity constrained)
6)
Pendekatan Kesan
Berganda (Snowball initiatives)
7)
Pendekatan Berasingan
(Decentralised)
8)
Pendekatan Berfasa (Phasal)
9)
Pendekatan Kerjasama (Joint
ventured)
10) Pendekatan Bermusim (Seasonal)
Secara terperinci
saya kongsikan lima (5) pendekatan yang pada hemat saya paling popular untuk dilaksanakan
dalam proses mengaplikasikan seni peperangan Rasulullah SAW untuk pengurusan
organisasi:
a. Pendekatan Menyeluruh (Sweeping)
Pendekatan aplikasi secara
menyeluruh pada organisasi. Proses perubahan secara holistik ini melibatkan
semua peringkat di dalam organisasi.
b. Pendekatan Hierarki (Hierarchical)
Pendekatan aplikasi secara
berperingkat dengan melihat pada taraf atau kedudukan dalam organisasi. Proses
aplikasi boleh dimulakan sama ada dari peringkat bawah atau bermula dari
peringkat atas.
c. Pendekatan Berasingan (Decentralised)
Pendekatan aplikasi secara membuat
pecahan atau pengagihan proses perubahan yang perlu dilaksanakan dalam
organisasi. Setiap unit, bahagian atau jabatan ditetapkan aplikasi yang khusus.
d. Pendekatan Berfasa (Phasal)
Pendekatan aplikasi secara
berperingkat dengan menetapkan tempoh masa. Setiap fasa aplikasi akan
ditetapkan ukuran pencapaian pada proses perubahan yang dilaksanakan.
e. Pendekatan Bermusim (Seasonal)
Pendekatan aplikasi secara
mengenal pasti kecenderungan atau suasana kondusif. Proses perubahan yang
dirancang boleh dilaksanakan secara besar-besaran dengan melibatkan pelbagai
pihak dalam organisasi.
Pendekatan
manakah hendak digunakan? Persoalan ini berbalik kepada keadaan organisasi
tersebut berdasarkan keperluan dan tahap keseriusan para pemimpinnya untuk
mengaplikasikan model seni peperangan Rasulullah SAW.
Hakikatnya
bukan mudah untuk memula dan menerima perubahan baharu. Dalam keadaan biasa,
baik pemimpin / pengarah ataupun pengikut / pekerja sudah biasa dan selesa
dengan situasi yang sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan