Peta Blog

Peta Blog

Isnin, 9 Mac 2015

Kaedah 1: SETIAP PERKARA ADALAH MENURUT MATLAMAT MENGERJAKANNYA

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Saya berkongsikan kaedah PERTAMA pembuatan keputusan menurut Qawaid Fiqhiyyah.

Kaedah 1 :      
Setiap Perkara Adalah Menurut Matlamat Mengerjakannya

B. Asas kaedah :
Penilaian sesuatu perkara mestilah berdasarkan tujuan, maksud dan kehendak asal perkara tersebut

C. Kepentingan :
Memahami tujuan dan maksud asal di sebalik sesuatu tindakan

D. Bagaimana mengaplikasi       :
Merujuk sumber yang sahih dan berkredibiliti
Memahami secara mendalam isu dan latar belakang masalah
Mencari punca sebenar masalah

E. Nota :
Menilai matlamat sesuatu perkara adalah penilaian secara zahir yang didukung oleh fakta dan bukti yang cukup
Mengelakkan persepsi dan sangkaan yang boleh mengelirukan proses pembuatan keputusan

E. Contoh :
Persatuan Penduduk mendirikan pondok pengawal dan membayar upah pengawal dari hasil kutipan bulan daripada penduduk. Ia bermatlamat baik untuk menjaga keselamatan penduduk daripada kegiatan jenayah. Sebagai seorang penduduk harus memutuskan untuk menyokong usaha tersebut.


Wallahu A’lam, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan