Peta Blog

Peta Blog

Isnin, 9 Mac 2015

Kaedah 3: KESULITAN MENDATANGKAN KEMUDAHAN

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Saya berkongsikan kaedah KETIGA pembuatan keputusan menurut Qawaid Fiqhiyyah.

Kaedah 3 :      
Kesulitan Mendatangkan Kemudahan

B. Asas kaedah :
  • Kaedah ini menerangkan tentang kelonggaran dan keringanan yang diberikan ketika berhadapan dengan kesukaran dan kesempitan

C. Kepentingan :
  • Keperluan memahami kepentingan usaha mengelakkan kesulitan

D. Bagaimana mengaplikasi       :
  • Menilai bentuk kesulitan yang dihadapi
  • Menentukan tahap kesulitan yang membenarkan kelonggaran
  • Merangka alternatif kemudahan untuk mengatasi kesulitan

Nota :
  • Keperluan untuk tidak mengambil kesempatan atas ruang kemudahan yang diberikan

Contoh :
Seorang pekerja mengalami kecemasan di rumah dan tidak boleh hadir bekerja. Dia memutuskan untuk menghubungi ketuanya dan memohon cuti kecemasan bagi menguruskan masalah yang dihadapi.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan