Assalamualaikum
Semua
Selawat
dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan
kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Setelah
kita meneliti “Penyelidikan dari Persepektif Islam”. Mari kita lihat pula asas-asas penyelidikan dalam Islam. Di samping
pendekatan-pendekatan yang Islami, asas-asas penyelidikan juga diadun dengan
kaedah dan prinsip berdasarkan keilmuan kontemporasi dan konvensional.
Dengan mengaplikasikan ilmu pengetahuan semasa iaitu kebijaksanaan,
dengan sendirinya kita berpegang pada prinsip Islam yang mahu umat memburu ilmu
dan menggunakan hikmah dalam kehidupan.
Saya
hanya akan berkongsikan poin-poin asas tentang aspek asas-asas penyelidikan
ini. Manakala perinciannya boleh dirujuk dalam buku “Manual Penyeldikan Secara Islam” (klik untuk lanjut).
ASAS PERTAMA: Memahami Sebab Musabab Penyelidikan. Ia penting kerana dapat:
- Mengenal pasti isu dan permasalahan
- Membantu penyelidik untuk memahami realiti sebenar
- Membantu menilai keberkesanan dasar, program dan usaha organisasi
- Membantu mengenal pasti ruang penambahbaikan
- Membantu dalam membuat keputusan
Setelah
memahami sebab musabab, pendekatan yang sesuai harus digunakan memahami realiti
isu, masalah dan perkara-perkara yang berkaitan. Antara kaedah yang boleh
digunakan ialah; S.O.C.R.A.T.E.S, Bottom
up –Top Down, A.I.D.A.C, Objektif dan misi organisasi, Pembacaan,
Percambahan fikiran, Pemerhatian, Pengalaman sebenar, D.I.K.W, P.A.R.L.I, P.E.R.O.S1.A.S2.S3,
R.A.I.D.K.A.A.R.E.I, P.D.C.A dan P.I.O.C.To.C.
ASAS KEDUA: Memahami Jenis-Jenis Penyelidikan. Ia penting kerana dapat:
- Menyesuaikan jenis penyelidikan yang dipilih berdasarkan kajian yang dikaji
- Menjadikannya sebagai rujukan asas dalam melakukan proses metodologi kajian
- Antara jenis-jenis penyelidikan ialah; Penerokaan, Deskriptif, Korelasi, Eksperimental, Analitikal, Jangkaan, Konseptual, Dokumentasi, Lapangan, Diagnostik, Prognostik, Kebolehlaksanaan, Perolehan Pendapat, Perbandingan, Sejarah, Pemasaran, dan Tindakan. Penerangan jenis-jenis penyelidikan seperti di Jadual 1.
Jadual 1:
Jenis-Jenis Penyelidikan
|
Bil.
|
Jenis Penyelidikan
|
Fokus
|
|
1.
|
Penerokaan
|
Memahami
sesuatu senario yang mana tiada atau
sedikit sahaja maklumat yang diperoleh
|
|
2.
|
Deskriptif
|
Menjelaskan secara
menyeluruh tentang gelagat populasi serta senario dan realiti isu
permasalahan kajian
|
|
3.
|
Korelasi
|
Memahami
hubungan di antara dua pemboleh ubah dan mengesahkan hipotesis awalan
|
|
4.
|
Eksperimental
|
Mengawal dan memanipulasi pemboleh
ubah-pemboleh ubah untuk menghasilkan situasi-situasi tertentu sama ada di
dalam makmal atau dalam kehidupan sebenar. Maklum balas daripada responden
dijadikan kayu ukur untuk menilai perbezaan antara situasi-situasi tersebut
|
|
5.
|
Analitikal
|
Memahami
sesuatu isu atau sebagainya, demi untuk memajukan sesuatu tindakan susulan
yang bertepatan (penyelesaian pada masalah, memberi perspektif yang lebih
baik, mengaitkan hubungan antara faktor-faktor dan lain-lain)
|
ASAS KETIGA: Pemadanan Antara Penyebab Dan Jenis Penyelidikan. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah; Six Thinking Hats dan P.E.R.O.S1.A.S2.S3,
dan ia perting kerana:
- Menepati tujuan sebenar atau objektif penyelidikan
- Memberi gambaran yang jelas kepada penyelidik
ASAS KEEMPAT: Senario Yang Mungkin Dihadapi Oleh Penyelidik. Senario yang berlaku penting untuk difahami kerana:
- Menyedarkan penyelidik supaya sentiasa berpegang pada niat
- Menuntut penyelidik untuk memiliki corak pemikiran kreatif, kritikal dan konstruktif
- Melengkapkan diri dengan nilai-nilai empati dan sensitiviti khususnya bagi menangani individu dan situasi yang sukar
- Mengutamakan kesihatan segi daya ketahanan fizikal
Antara
jenis-jenis senario yang mungkin dihadapi oleh seseorang penyelidik ialah; Pemusatan, Pencapahan, Penolakan, Pelanjutan, Statik, Pemutaran, Tidak
konsisten, dan Tidak fokus. Antara penjelasannya seperti berikut:
- Pemusatan - Responden memberi kerjasama sepenuhnya kepada para penyelidik.
- Pencapahan - Responden tidak memberi jawapan seperti mana yang dikehendaki dalam borang kaji selidik.
- Penolakan - Responden menolak untuk memberi kerjasama kerana tahap ketidakpuasan yang membimbangkan di samping taksub pada perspektif sendiri.
- Pelanjutan - Responden yang memerlukan tempoh masa lebih lama dan usaha yang lebih gigih daripada pasukan penyelidik bagi meyakinkan mereka untuk memberikan kerjasama.
Wallahu A’lam, Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan