Assalamualaikum
Semua
Selawat dan Salam
buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran
serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Penulisan kali ini berkongsikan perincian dan
pembelajaran dari Ghazwah 1: WUDDAN /
AL-ABWA’ (Safar 2H/Ogos 623M). Peristiwa
yang berlaku:
- Ghazwah pertama Rasulullah iaitu keluar selama 15 hari bersama 70 orang Muhajirin bertujuan menghalang perjalanan kafilah perdagangan Quraisy. Wuddan dan Al Abwa’ adalah dua buah tempat yang berhampiran.
- Panji berwarna putih dipegang oleh Hamzah bin Abi Talib dan Rasulullah SAW melantik Saad bin Ubadah sebagai khalifah menjaga Kota Madinah.
- Rasulullah SAW mengadakan perjanjian dan persekutuan secara bertulis dengan Amru bin Makhsyi Ad Dhamri iaitu Penghulu Bani Dhamrah setelah kafilah perdagangan Quraisy berjaya melepaskan diri.
- Isi perjanjian tersebut ialah: "Rasulullah SAW tidak akan menyerang Bani Dhamrah dan mereka juga tidak akan menyerang Rasulullah SAW." Kemudian Rasulullah SAW bersama pasukannya kembali ke Madinah.
1. Iktibar yang dapat diambil:
- Melemahkan kekuatan musuh dengan mengenakan sekatan ekonomi dan perdagangan.
- Mengukuhkan pengaruh dengan mengadakan perjanjian.
- Membina imej dan kekuatan yang digeruni musuh dengan membuat persiapan ketenteraan secara konsisten.
- Membuat keputusan secara cepat dan tepat dengan kecekapan risikan maklumat.
- Mengelak dari masuk ke perangkap musuh dengan mengejar sehingga ke sempadan sahaja tetapi tidak memasuki kubu mereka.
2. Strategi yang
digunakan; SEKAT-JANJI-SIAP-RISIK-KEJAR
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan