Peta Blog

Peta Blog

Isnin, 9 Mac 2015

Kaedah 3: A.I.D.A.C.

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Untuk kaedah ketiga, saya kongsikan kaedah A.I.D.A.C. seperti Rajah 1. Secara amnya kaedah ini dapat membantu kita membuat penilaian di tahap manakah sesuatu perkara atau usaha tersebut. Ini amat membantu dalam proses semakan realiti ataupun audit semasa tentang sesuatu perkara. A.I.D.A.C. adalah akronim bagi maksud:
A – Awareness (Kesedaran)
I – Interest (Minat)
D – Desire (Keghairahan)
A – Action (Tindakan)
C – Continuity (Kesinambungan)

Rajah 1: Kaedah A.I.D.A.C.

Misalnya, kita mahu mengetahui tentang “budaya membaca” dalam organisasi. Persoalan yang timbul untuk proses semakan:
  • Adakah sudah wujud “kesedaran” tentang “budaya membaca” di kalangan kakitangan? Jika ya (tandanya semua kakitangan faham), maka soalan seterusnya
  • Adakah sudah wujud “minat” tentang “budaya membaca” di kalangan kakitangan? Jika ya (tandanya semua kakitangan bercakap tentangnya), maka soalan seterusnya
  • Adakah sudah wujud “keghairahan” tentang “budaya membaca” di kalangan kakitangan? Jika ya (tandanya semua kakitangan mula membeli buku dan menetapkan masa membaca), maka soalan seterusnya
  • Adakah sudah wujud “tindakan” tentang “budaya membaca” di kalangan kakitangan? Jika ya (tandanya semua kakitangan membaca berdasarkan jadual masing-masing), maka soalan seterusnya
  • Adakah sudah wujud “kesinambungan” tentang usaha “budaya membaca” di kalangan kakitangan? Jika ya (tandanya semua kakitangan konsisten / istiqamah membaca berdasarkan jadual mereka), maka itu sempurnalah usaha untuk memupuk budaya membaca dalam organisasi tersebut.

Dengan mengetahui di tahap manakah usaha dan keseriusan usaha “budaya membaca” tersebut, ketua organisasi boleh membuat perancangan dan keputusan lanjut bagi memastikan usaha tersebut terus meningkat ke tahap selanjutnya sehingga sempurna.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan