Assalamualaikum
Semua
Selawat
dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan
kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Untuk kaedah keemapat, saya kongsikan kaedah EISENHOWER MATRIX. Secara amnya kaedah ini adalah
penyelesaian (solution) yang membantu
dalam pengurusan masa dan tugasan. Ia membantu dalam
penyusunan prioriti tugasan, meminimakan tekanan dan meningkatkan produktiviti.
EISENHOWER MATRIX mengambil sempena nama Presiden Amerika Syarikat ke-34
iaitu Dwight D. Eisenhower (berkhidmat 1953-1961). Beliau berkhidmat sebagai
jeneral sewaktu Perang Dunia Kedua dan pernah menjadi Komander Utama tentera
NATO. Sewaktu itu beliau sentiasa perlu membuat keputusan yangs sukar yang
memerlukan beliau fokus dan menyusun tugasan mengikut prioriti tertentu.
Kata-kata
masyhur beliau – “Apa yang penting, jarang segera, dan apa yang segera, jarang
penting” (What is important is seldom urgent and
what is urgent
is seldom important.) Cara dan pemikiran beliau menghasilkan Prinsip Eisenhower yang membantu orang lain untuk menyusun prioriti tugasan berdasarkan keutamaan dan kepentingan sesuatu perkara.
is seldom important.) Cara dan pemikiran beliau menghasilkan Prinsip Eisenhower yang membantu orang lain untuk menyusun prioriti tugasan berdasarkan keutamaan dan kepentingan sesuatu perkara.
Rajah 1: Kaedah EISENHOWER
MATRIX
Rajah
1 menunjukkan kaedah EISENHOWER MATRIX yang menunjukkan empat (4) ruang kuadran iaitu:
- KUADRAN 1; “Segera & Penting” (Urgent & Important) – Laksanakan segera sendiri.
- KUADRAN 2; “Segera & Tidak Penting” (Urgent & Not Important) – Delegasi pada orang lain.
- KUADRAN 3; “Penting & Tidak Segera” (Important & Not Urgent) – Putuskan bila masa mahu dilaksanakan.
- KUADRAN 4; “Tidak Penting & Tidak Segera” (Not Important & Not Urgent) – Buat kemudian.
Kaedah
EISENHOWER MATRIX amat membantu
seseorang ketua atau pengurus untuk memutuskan penyusunan tugasan beliau setiap
hari; penyediaan jadual atau diari harian serta lis tugasan (to do list) atau senarai semak. Banyak
tugasan yang perlu dilakukan, maka yang perlu didahulu, didahulukan, dan yang
kemudian, dikemudiankan.
Misalnya
seorang ketua ada lis tugasan perkara dan beliau mengkategorikan lis tersebut
berdasarkan kaedah EISENHOWER MATRIX, maka
hasilnya seperti berikut:
- Kematian seorang sahabat baik dan rakan penting; status – segera & penting; tindakan – perlu segera menziarahi jenazahnya
- Mesyuarat persiapan program lagi dua hari berlangsung; status – segera & tidak penting; tindakan – minta timbalan mempengerusi mesyuarat tersebut.
- Penyediaan bajet tahunan organisasi; status – penting & tidak segera; tindakan – meletakkan jadual untuk dibincangkan dalam mesyuarat minggu depan.
- Mengukur dan menempah baju kot baharu; status – tidak penting & tidak segera; tindakan – minta pembantu mengingatkan nanti untuk diputuskan bila boleh dilakukan.
Begitu
juga sesuatu tindakan strategik yang ditentukan untuk manfaat organisasi, ia perlu
diputuskan bilakah masa (timing) terbaik
untuk melaksanakannya. Dengan menggunakan kaedah EISENHOWER MATRIX ia dijangka dapat membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan