Assalamualaikum
Semua
Selawat
dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan
kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Saya berkongsikan kaedah KEDUA
pembuatan keputusan menurut Qawaid Fiqhiyyah.
Kaedah 2 :
- Yakin Tidak Hilang Dengan Syak
B. Asas kaedah :
- Kaedah ini menerangkan tentang keperluan bukti yang meyakini mampu menghilangkan syak atau keraguan yang timbul. Dari kaedah ini juga lahir prinsip bahawa sesuatu itu adalah kekal seperti keadaan asalnya
C. Kepentingan :
- Keperluan memahami kepentingan dan keutamaan bukti yang diyakini
D. Bagaimana mengaplikasi :
- Menilai status bukti dan fakta yang dimiliki
- Memastikan bukti dan fakta mempunyai kredibiliti yang diyakini
- Memastikan setiap perkara, hujah dan tindakan disokong oleh bukti yang meyakinkan
Nota :
Keperluan untuk mengelakkan bukti
dan hujah yang rapuh kerana ia akan
mengurangkan kredibiliti penghujah
Contoh :
Suatu perbicaraan telah diputuskan
di mahkamah berdasarkan bukti-bukti yang sah, tidak tercabar dan diyakini.
Walaupun timbul syak wasangka terhadap kes seolah-olah wujud penipuan, namun ia
gagal dibuktikan. Maka bukti-bukti yang diyakini mengatasi syak wasangka.
Sebagai seorang hakim, dia harus memutuskan untuk menerima bukti-bukti yang
diyakini untuk membuat keputusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan