Assalamualaikum
Semua
Selawat
dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan
kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Tidak lama dahulu kita digemparkan dengan isu gelatin babi
yang dikesan dalam produk coklet yang dipasarkan. Produk coklet daripada jenama
tertentu ditarik balik dari pasaran sehingga siasatan dan penyelidikan dilakukan
serta pengumuman lanjut.
Ulama
tersohor misalnya Dr. Yusuf al-Qardawi ada memberikan kenyataan kontroversi
dengan mengharuskan penggunaan gelatin tersebut dalam produk makanan. Namun
pandangan tersebut diberi pencerahan lanjut oleh ulama’ tempatan Malaysia.
Dalam
konteks negara bukan Islam (darul harbi), penggunaan gelatin babi atau haiwan
tidak disembelih diharuskan kerana faktor kesukaran (darurat) untuk mendapatkan
produk halal seratus peratus di negara-negara tersebut. Kaedah yang digunakan
ialah “Apa yang dibolehkan kerana darurat maka ia diukur sekadar
kemudaratannya” (Kaedah ke-194 dalam buku “Membuat
Keputusan Kaedah Islam”).
Ini bermakna, kadar keharusan itu
hanya mengikut sekadar keadaan darurat dalam skop tertentu dan bukan merujuk
dalam lingkungan yang luas. Kaedah lain menyebutkan “Apa yang diharamkan kerana zatnya, dibolehkan kerana darurat dan apa yang
diharamkan kerana yang lainnya dibolehkan kerana adanya hajat” (Kaedah ke-195 dalam buku “Membuat Keputusan Kaedah Islam”).
Jelas
di sini bahawa dalam konteks coklet yang mengandungi gelatin babi di Malaysia
kaedah ini tidak boleh digunakan kerana Malaysia adalah Negara Islam bukan
darul harbi. Untuk mendapatkan produk halal bukanlah sukar (darurat) malah
terdapat pelbagai pilihan produk yang diperakui (persijilan) halal.
Dalam
konteks Malaysia kaedah yang harus digunakan ialah “Apabila berkumpul antara perkara yang mengharamkan dengan perkara yang
membolehkan, maka perkara yang mengharamkan menjadi faktor yang mengatasi” (Kaedah ke-11 dalam buku “Membuat Keputusan Kaedah Islam”). Jelas sekali
walaupun sedikit gelatin babi itu didapati dan sudah sebati bercampur, ia tetap
haram walaupun sedikit – misalnya hanya DNAnya sahaja dikesan.
Sebagai
seorang Islam adalah lebih baik kita sendiri memahami dan dapat memikirkan
penyelesaian dan keputusan terhadap isu tersebut dengan berpandukan pada Qawaid Fiqhiyyah sebelum ada keputusan
atau fakwa muktamad daripada pihak pemerintah yang berotoriti. Ini kerana kita akan sentiasa
berhadapan dengan perkara-perkara seumpama ini tanpa sempat menunggu pihak yang
lebih ‘alim dan berotoriti memberikan penjelasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan