Peta Blog

Peta Blog

Isnin, 9 Mac 2015

Kaedah 6: JOHARI WINDOW

Assalamualaikum Semua
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Untuk kaedah keenam, saya kongsikan kaedah JOHARI WINDOW seperti di Rajah 1. Kaedah ini dicipta oleh dua (2) orang ahli psikologi Amarika pada tahun 1955 iaitu, Joseph Luft (1916–2014) and Harrington Ingham (1914–1995). Kombinasi abjad awalan pada nama mereka; JO dan HARRI - JOHARI, menghasilkan nama untuk kaedah ini.

Secara amnya kaedah ini dapat membantu seseorang untuk memahami lebih baik hubungan mereka tentang diri sendiri dan dengan juga orang lain. Ia digunakan terutamanya untuk kumpulan bantu diri (self-help group) dan latihan untuk mempelajari sesuatu melalui pengalaman sendiri. 




Rajah 1: Kaedah JOHARI WINDOW

Rajah 1. menunjukkan kaedah JOHARI WINDOW yang juga menampilkan empat (4) ruang kuadran iaitu:

  1. KUADRAN 1; sesuatu perkara yang “saya tahu” (known to me) dan “orang lain pun tahu” (known to others) – maka teruskan (pursue).
  2. KUADRAN 2; sesuatu perkara yang “saya tahu” (known to me) tetapi “orang lain tidak tahu” (unknown to others) – maka ia perlu dijelaskan (explain).
  3. KUADRAN 3; sesuatu perkara yang “saya tidak tahu” (unknown to me) dan “orang lain pun tahu” (known to others) – maka perlu berhati-hati (be wary).
  4. KUADRAN 4; sesuatu perkara yang “saya tidak tahu” (unknown to me) dan “orang lain pun tidak tahu” (unknown to others) – maka selidikilah dahulu (investigate).

Kaedah JOHARI WINDOW amat membantu seseorang ketua atau pengurus untuk memutuskan apakah pendekatan terbaik untuk pelaksanaan sesuatu keputusan, usaha atau perancangan.

Misalnya dia mahu melaksanakan pemberian insentif kepada kakitangan agar dapat meningkatkan produktiviti organisasi dengan pemberian saguhati maka situasinya:

Inisiatif tersebut saya ketahui dan turut diketahui oleh kakitangan dari segi kebaikan dan kaedah pelaksanaan, maka terus dilaksanakan.

Inisiatif tersebut saya ketahui tetapi tidak diketahui oleh kakitangan dari segi kebaikan dan kaedah pelaksanaan, maka penjelasan perlu diberikan sebelum dilaksanakan.

Inisiatif tersebut saya tidak ketahui tetapi diketahui oleh kakitangan dari segi kebaikan dan kaedah pelaksanaan, maka perlu berhati-hati jika perkarra tersebut dibawa ke pengetahuan saya.

Inisiatif tersebut saya tidak ketahui dan juga tidak diketahui oleh kakitangan, maka kajian perlu dilakukan dari segi dari segi kebaikan dan kaedah pelaksanaan sebelum dilaksanakan.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan