Assalamualaikum
Semua
Selawat
dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan
kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Untuk kaedah keempat, saya kongsikan kaedah P.A.R.L.I. seperti di Rajah 1. Secara amnya kaedah ini
dapat membantu untuk kita mengukur kapasiti atau tahap seseorang untuk
memberikan respons terhadap sesuatu perkara. Lebih daripada itu,
kaedah ini membantu proses berfikir yang sistematik mendepani sesuatu masalah
sehingga menuju penyelesaian yang inovatif.
Rajah 1: Kaedah P.A.R.L.I.
Berdasarkan
Rajah 1, Kaedah P.A.R.L.I. adalah
akronim bagi makna yang berikut:
- P – Problem (Masalah)
- A – Action (Tindakan)
- R – Result (Hasil)
- L – Lesson (Pengajaran)
- I – Innovation (Inovasi)
Misalnya,
masalah ancaman aqidah yang melanda
umat. Rentetan langkah penambahbaikan yang boleh diusahakan dengan menggunakan
kerangka kaedah P.A.R.L.I. seperti
berikut:
- P – Problem (Masalah) – Masalahnya, ancaman aqidah di kalangan umat misalnya pemikiran “pluralisme” iaitu menyamaratakan semua agama termasuk Islam dengan agama-agama lain.
- A – Action (Tindakan) – Tindakannya, yang telah diambil dengan menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk “Bahaya Pemikiran Pluralisme” di semua masjid-masjid seluruh negara.
- R – Result (Hasil) – Hasilnya, khutbah itu berjaya menarik perhatian jamaah, tetapi masih ramai yang tidak dapat mengikutinya.
- L – Lesson (Pengajaran) – Pengajarannya, perlu pendekatan atau saluran lain untuk menyampaikan mesej bahaya pemikiran “Pluraslisme” kerana masih ramai yang tidak hadir solat Jumaat misalnya golongan wanita.
- I – Innovation (Inovasi) – Inovasinya, maka dicadangkan pendekatan atau penggunaan media sosial untuk untuk menyampaikan mesej bahaya pemikiran “Pluraslisme” kerana cakupannya yang lebih luas.
Kaedah
P.A.R.L.I. amat berkesan dalam
membantu proses penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang tuntas. Idea
yang inovatif iaitu inisiatif baharu atas usaha sedia ada dapat dihasilkan
berdasarkan kaedah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan