Assalamualaikum
Semua
Selawat
dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan
kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Saya berkongsikan kaedah KELIMA
pembuatan keputusan menurut Qawaid Fiqhiyyah.
Kaedah 5:
Adat Adalah Dijadikan Hakam (Penimbang Tara Bagi
Mensabitkan Hukum)
B. Asas kaedah:
Kaedah ini menerangkan tentang
adat yang merupakan suatu kebiasaan dalam kehidupan manusia yang meliputi
perbuatan atau perkataan samada khusus atau umum boleh dijadikan penimbang tara
bagi mensabitkan sesuatu hukum
C. Kepentingan:
Keperluan memahami kepentingan adat sebagai penimbang tara bagi mensabitkan
hukum
D. Bagaimana mengaplikasi:
- Menilai adat yang dijadikan rujukan setempat
- Memastikan adat yang hendak dijadikan hakam adalah adat yang tidak berlawanan dengan kehendak syarak
- Menggunapakai adat setempat yang tidak bertentangan dengan kehendak syarak untuk memudahkan urusan
Nota:
Keperluan untuk menyemak status
adat agar tidak bertentangan dengan kehendak syarak
Contoh:
Pertunangan sebelum pernikahan adalah
adat dalam masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. Jika seseorang
yang sudah bertunang mahu bernikah dengan bukan orang lain, maka dia mesti memutuskan
untuk melepaskan tali pertunangan dahulu dan dan kemudiannya bernikah lain. Ini
kerana ia adalah sebahagian daripada hakam dalam masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan