Peta Blog

Peta Blog

Isnin, 9 Mac 2015

Kaedah 1: SWOT MATRIX ANALYSIS

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Di sini saya kongsikan kaedah SWOT MATRIX ANALYSIS (disebut juga TOWS MATRIX dalam Fred R. David), yang pada hemat saya kaedah paling popular dalam proses pembuatan keputusan konvensional.

Ia biasa digunakan untuk mengenal pasti S – Strengths (Kekuatan), W – Weaknesses (Kelemahan), O - Opportunities (Peluang) dan T - Threats (Ancaman) pada sesebuah organisasi setelah ditetapkan visi dan misinya. Pada penggunaan biasa, hanya kaedah SWOT ANALYSIS menekankan, iaitu hanya pengenalpastian empat (4) elemen tersebut tanpa disusun dalam bentuk MATRIX.



STRENGTHS


WEAKNESSES

OPPORTUNITIES


S-O STRATEGIES


W-O STRATEGIES

THREATS


S-T STRATEGIES


W-T STRATEGIES

Rajah di atas menunjukan SWOT MATRIX ANALYSIS, yang mempunyai kelebihan daripada segi untuk menganalisa, dan merangka empat (4) kelompok strategi iaitu:

  • Pemadanan; S – Strengths dan O – Opportunities; membentuk Strategi S-O, dengan menggunakan kekuatan untuk mengambil kesempatan atas peluang.
  • Pemadanan; S – Strengths dan T - Threats; membentuk Strategi S-T, menggunakan kekuatan untuk mengelakkan ancaman.
  • Pemadanan; W – Weaknesses dan O – Opportunities; membentuk Strategi W-O, mengatasi kelemahan dengan mengambil kesempatan atas peluang.
  • Pemadanan; W – Weaknesses dan T - Threats; membentuk Strategi W-T, meminimakan kelemahan dan mengelakkan ancaman.

Misalnya sebuah syarikat mempunyai: S – Kekuatan; ramai pekerja yang mahir IT, dan didapati:  O – Peluang; banyak permintaan produk di kawasan Utara jauh dari lokasi syarikat. Maka strategi; menggiatkan pemasaran produk secara atas talian menggunakan teknologi IT dengan fokus pelanggan di kawasan Utara.

Wallahu A’lam, Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan