Assalamualaikum
Semua
Selawat
dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan
kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Penulisan sebelum ini menjelaskan tentang manusia sebagai makhluk
yang sentiasa membuat keputusan dan kepentingan menjadi manusia ulul al-bab. Sebelum kita berbincang
lebih jauh tentang kaedah Islam dalam pembuatan keputusan, perlu difahami
apakah makna “pembuatan keputusan” itu sendiri.
Pembuatan keputusan adalah satu proses pemikiran yang
melibatkan pemilihan bentuk tindakan dari beberapa senario alternatif yang
dirangka. Setiap proses pembuatan keputusan menghasilkan pilihan akhir yang
berbentuk:
- Dasar
- Tindakan
- Pendapat
Untuk itu, setiap proses pembuatan keputusan boleh
dirangkumkan sebagai aktiviti yang akan:
- Mengenalpasti, menentukan dan mengesan masalah.
- Melibatkan penghasilan pelbagai alternatif penyelesaian.
- Menilai dan memilih alternatif penyelesaian.
Maka itu, sesuatu proses pembuatan keputusan akan
melibatkan langkah-langkah penting berikut berikut:
- Mencari dan menentukan masalah
- Menghasilkan dan menilai penyelesaian alternatif
- Memilih penyelesaian yang diyakini atau sesuai
- Melaksanakan keputusan
- Menilai hasil
- Mengulangi semula proses ini jika perlu
Di samping itu, perlu diperhatian faktor-faktor utama
yang menjadi teras seorang pembuat keputusan yang baik ialah. Anatarnya faktor:
f - niat, tahap kemahuan, bilangan
usaha, kualiti usaha, pengetahuan, faktor inspirasi, persekitaran yang
kondusif, pengalaman, realiti yang berlaku, piawaian pencapaian, hidayah dan
rahmat Allah.
Justeru, terdapat pelbagai gaya dalam membuat keputusan.
Ia bergantung kepada latar belakang individu yang mengetuai dan menganggotai
sesuatu proses membuat keputusan. Antara gaya tersebut ialah:
- Ikut prosedur
- Nilai risiko
- Ikut kuasa
- Ikut konsensus
- Gerak hati
- Berani
- Guna pelbagai kaedah untuk semakan
- Delegasi
Berdasarkan proses, faktor dan gaya pembuatan keputusan yang
betul, akhirnya ia mampu menatijahkan suatu keputusan yang terbaik. Sesuatu
keputusan yang baik memiliki ciri-ciri berikut:
- Tepat dengan keperluan
- Melalui proses sistematik yang sesuai
- Yakin bahawa usaha sebaik mungkin telah dilakukan
- Telah memahami isu dengan lengkap
- Bersedia dengan persediaan kontigensi
- Menghausi segala opsyen
- Mengguna asas yang sahih
- Prihatin dengan maklumat, fakta, keterangan dan dalil yang sahih
- Meminimumkan khilaf
- Hasil keputusan disampaikan dengan kaedah terbaik
Sehubungan itu proses pembuatan keputusan adalah suatu
aktiviti yang amat penting dan sudah pasti menjadi suatu ibadah yang mendapat
ganjaran dari Allah jika kena cara dan niatnya. Namun sudah tentu ia bukanlah
suatu proses yang mudah bila mana melibatkan soal nasib dan kepentingan ramai
pihak.
Kerana itu, mereka yang mahu membuat
keputusan akan berada di “zon keluhan” (grone
zone), disebabkan banyaknya pilihan dan pandangan, perbalahan, takutkan
risiko, kekurangan maklumat, kesuntukan masa dan desakan pelbagai pihak. Inilah
yang menyebabkan sesuatu keputusan ditangguh atau jika diputuskan juga ia
kurang mantap.
Untuk keluar dari “zon keluhan” ini dan menuju
titik keputusan akhir; proses, faktor dan gaya pembuatan yang telah dibincangkan di
atas boleh membantu. Jelas sekali pembuatan keputusan bukan
suatu yang disiplin yang kaku tetapi suatu seni yang bersifat anjal dan
terbuka. Justeru, mereka yang lebih berpengalaman akan dapat membuat keputusan
yang lebih tepat berbanding mereka yang kurang.
Sudah pasti akhirnya keputusan perlu
dibuat, dan tindakan perlu diambil. Di samping penggunaan kaedah-kaedah
pembuatan yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam, turut diutamakan sikap yang
betul iaitu - keazaman, keyakinan,
sikap istiqamah dan penyerahan kepada Allah terhadap keputusan yang telah
diambil.
Firman Allah SWT yang
bermaksud “… dan bermesyuarat juga dengan mereka dalam urusan (peperangan dan
permasalahan keduniaan). Kemudian apabila kamu telah berazam
(bersetuju sesudah bermesyuarat untuk sesuatu urusan), maka bertawakallah
kepada Allah, Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal. (Ali Imran: 159)
Justeru, buanglah sikap tidak yakin dan
mohonlah pedoman serta keyakinan dari Allah SWT. Buatlah keputusan setelah
mengikut prinsip dan langkah-langkah yang betul, ambillah tindakan, bertawakkallah
dan belajar darinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan