Peta Blog

Peta Blog

Isnin, 9 Mac 2015

Kaedah 4: KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Saya berkongsikan kaedah KEEMPAT pembuatan keputusan menurut Qawaid Fiqhiyyah.

Kaedah 4:       
Kemudaratan Mesti Dihilangkan

B. Asas kaedah:
Kaedah ini menerangkan tentang sifat kemudaratan yang akan sentiasa timbul dan keperluan meningkatkan usaha untuk menghilangkan kemudaratan

C. Kepentingan:
Keperluan memahami kepentingan usaha menghilangkan kemudaratan

D. Bagaimana mengaplikasi:
Melaksanakan perancangan dan keputusan yang ditetapkan
Menyediakan pelan menangani risiko dan mengurus ketidakpastian
Mewujudkan mekanisme tindakan segera apabila berlaku kemudaratan

Nota:
Keperluan untuk tidak memperbesarkan kemudaratan sedia ada dengan melakukan tindakan yang boleh mencetuskan kemudaratan lain

Contoh:
Didapati berlaku kerosakan dan jalan raya berlubang-lubang akibat sudah lama tidak diselenggara yang boleh memudaratkan para pengguna. Sebagai sebuah kerajaan mesti segera memutuskan dan memperbaiki jalan raya tersebut agar tidak lagi membahayakan para pengguna.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan