Assalamualaikum
Semua
Selawat
dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan
kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Saya
mulakan dengan membincangkan lebih lanjut tentang proses pembuatan keputusan. Seperti
yang telah dibincangkan sebelum ini dalam artikel “Asas Dalam Pembuatan
Keputusan”, diterangkan serba sedikit tentang “zon keluhan” (grone zone)
yang antaranya akibat banyaknya pilihan dan pandangan.
Kita
harus memahami bahawa proses penyelesaian masalah atau membuat sesuatu
keputusan adalah dinamik dan ia bermula dengan pengenalpastian masalah atau
sesuatu visi / misi sebagai suatu topik yang baharu.
Dari
satu topik khususnya, contoh mudah masalah “lapar, hendak makan apa dan di
mana?”, maka akan lahirlah banyak cadangan idea dalam pemikiran seseorang atau
pandangan dari orang sekeliling. Misalnya idea – 1.makan tomyam di restoran
Thai, 2.makan kari kepala ikan di restoran mamak, 3.makan ikan patin tempoyak
di restoran Melayu Pahang dan 4.makan chicken
chop di restoran western. Ini adalah proses penjanaan idea atau proses
pemikiran mencapah, pelbagai dan berselerak (divergent
thinking).
Untuk
mencapai suatu kepada suatu titik keputusan, pemikiran mencapah harus dijuruskan
kepada pemikiran penumpuan (convergent
thinking). Proses ini memerlukan maklumat dan teknik yang bersesuaian agar
keputusan yang dibuat bertepatan. Mungkin daripada maklumat didapati restoran
Melayu Pahang, paling berdekatan, ramai orang (ikan patin tempoyak sedap) dan
harga pun berpatutan. Maka keputusannya ialah makan di Melayu Pahang.
Suatu
masalah yang mudah, penjanaan idea yang pelbagai untuk dipilih, dapatan
maklumat, dan pemerolehan keputusan; berlakulah dari pemikiran mencapah (divergent thinking) kepada pemikiran
penumpuan (convergent thinking).
Proses membuat keputusan sebegini biasa kita lakukan sehari-hari tanpa disedari
kerana ia begitu mudah.
Bagaimana
jika masalah yang dihadapi begitu rumit, melibatkan ramai pihak, di dalam sebuah
organisasi dan sebagainya? Oleh kerana itu, kaedah, teknik dan model tertentu
diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan membantu proses membuat
keputusan yang lebih sistematik, terkawal dan terarah.
Tanpa
kaedah dan teknik pembuatan keputusan yang terpiawai, dibimbangi keputusan yang
dibuat kurang mantap. Ini kerana kita cenderung membuat keputusan berasaskan senario
berikut:
- Ikut prioriti
- Ikut suka sendiri dan rawak
- Ikut majoriti
- Ikut paksaan
- Ikut kepercayaan
- Ikut pengalaman
- Ikut sebab-sebab tertentu
- Ikut firasat
- Kerana terbatas masa
- Kerana suka cabaran
- Kerana dipengaruhi / berpihak (bias)
Sehubungan
itu, seorang pembuat keputusan yang baik haruslah memiliki sifat-sifat berikut:
- Pendengar yang baik
- Sukakan kata sepakat
- Berfikiran / berminda yang jelas
- Mengawal diri
- Mengelak keputusan sama (stereotyping)
- Cekal
- Cintakan kebenaran
- Realistik
- Berlapang dada
- Menyusun prioriti secara sistematik.
Sewajarnya
proses membuat sesuatu di dalam mesyuarat. Namun begitu berlaku juga
senario-senario yang kurang elok ketika membuat keputusan, seperti:
- Ikut sedap rasa sehingga dia sendiri tidak faham kenapa keputusan itu diambil.
- Ikut kepentingan diri.
- Ikut sahaja orang lain dan berdiam diri.
- Tidak buat keputusan kerana bimbangkan sesuatu.
- Melewatkan keputusan, diskusi berjela-jela.
- Meletakkan tanggungjawab atas seseorang, bila gagal dia jadi mangsa
- Masa sudah tamat, wujud cadangan terakhir dan menjadi keputusan.
- Beranggapan perbincangan dibuat dan keputusan dicapai walaupun sebenarnya tiada.
- Membuat mesyuarat / perbincangan kecil dan keputusan oleh segelintir sahaja selepas mesyuarat besar.
- Menunda keputusan di agenda mesyuarat akan datang, tetapi tidak dibincangkan kerana ada perkara lebih utama.
Justeru,
kaedah, teknik dan model pembuatan keputusan, sama ada berasaskan Islam,
konvensional atau lebih baik gabungan antara keduanya mesti dikuasai. Diharapkan
dengan menggunakan penggunaan kaedah yang betul kita semakin yakin akan berjaya
dalam penyelesaian masalah atau penyempurnakan visi / misi dengan cekap dan
berkesan, di samping memperolehi keredhaan Allah SWT jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan