Assalamualaikum
Semua
Selawat
dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan
kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.
Pada artikel pengenalan blog, saya telah menyatakan pentingnya
sesebuah organisasi atau agenda besar dirangkakan sebuah Pelan Perancangan atau Pelan
Tindakan untuk mencapai matlamatnya. JIka tiada, mudah sahaja musuh atau
pesaing mengalahkan kita.
Seperti yang pernah dipesan oleh Saidina
Ali bahawa, “Kebatilan yang terancang
dapat mengalahkan kebenaran yang tidak terancang”. Benjamin Franklin pula
mengatakan, “Jika anda gagal merancang,
anda sedang merancang untuk gagal.”
Rajah 1: Aliran
Kerja Blueprint
Namun
bagitu harus diingat bahawa memiliki sebuah pelan tindakan yang hebat hanya
satu permulaan, bukanlah suatu kejayaan yang pasti, selagi pelan tersebut tidak
dilaksanakan. Tiada apa yang lebih buruk, selain memiliki pelan tindakan yang
cantik di atas kertas, tetapi tidak dilaksanakan.
Bernard
Reimann, seorang ahli matematik Jerman mengatakan “strategi yang hebat akan binasa jika ia dilaksanakan dengan teruk
sekali” (the greatest strategy is doomed
if it’s implement badly).
Faktor
penting untuk melaksanakannya memerlukan pemimpin yang hebat. Sun Tzu,
strategis perang negeri China pernah mengatakan “kepimpinan yang lemah boleh menghancurkan strategi yang hebat”, kerana
dia tidak mampu untuk melaksanakan strategi tersebut.
Kebali
pada ilmu perancangan, ada tiga (3) jenis Pelan
Tindakan (Grand Design) untuk perancangan iaitu; Road
Map, Flight Plan, dan Blueprint. Secara ringkas ia adalah:
Road Map – Peta hala tuju yang secara ringkas menetapkan perkara atau
inisiatif-inisiatif tindakan asas dalam menuju matlamat yang telah ditetapkan.
Flight Plan – Pelan
pelancaran
iaitu yang menerangkan bagaimana sesuatu perkara atau inisiatif tindakan mahu
digerakkan dan dipastikan agar tidak terpesong arah menuju matlamat.
Blueprint – Pelan
Bertindak yang
lebih terperinci, yang menerangkan semua aspek; matlamat, cabaran, tindakan dan
sebagainya. Asalnya ia adalah cetakan di atas Kertas Biru – pelan struktur terperinci sebuah
bangunan yang hendak dibina dan sebagainya.
Saya
akan berkongsikan langkah-langkah untuk menghasilkan sebuah Blueprint
yang baik. Rajah 1 di atas menunjukkan Aliran Kerja Blueprint iaitu
14 langkah demi langkah meliputi:
- Semakan Realiti
- Kenyataan Isu Sebenar
- Diagnosis
- Penetapan Faktor-Faktor Primer dan Sekunder Yang Mesti Diurus
- Prognosis
- Pengauditan Kekuatan Sumber
- Opsyen Strategi
- Jangkaan Pelbagai Senario
- Pemadanan Antara Badan Bertindak dan Peranan
- Fasa Tindakan
- Pengkategorian Inisiatif
- Sistem Pencegahan, Pemantauan, Pembaikan dan Penjajaran Semula
- Strategi Suplementari
- Pelan Kontingensi
InsyaAllah
dalam penulisan selanjutnya saya akan kongsikan perincian gerak kerja bagi tujuh
(7) langkah aliran kerja yang pertama.
Wallahu
A’lam, Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan