Peta Blog

Peta Blog

Isnin, 9 Mac 2015

Blueprinting: Langkah Merencana Kejayaan

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Pada artikel pengenalan blog, saya telah menyatakan pentingnya sesebuah organisasi atau agenda besar dirangkakan sebuah Pelan Perancangan atau Pelan Tindakan untuk mencapai matlamatnya. JIka tiada, mudah sahaja musuh atau pesaing mengalahkan kita.


Seperti yang pernah dipesan oleh Saidina Ali bahawa, “Kebatilan yang terancang dapat mengalahkan kebenaran yang tidak terancang”. Benjamin Franklin pula mengatakan, “Jika anda gagal merancang, anda sedang merancang untuk gagal.”

Rajah 1: Aliran Kerja Blueprint

Namun bagitu harus diingat bahawa memiliki sebuah pelan tindakan yang hebat hanya satu permulaan, bukanlah suatu kejayaan yang pasti, selagi pelan tersebut tidak dilaksanakan. Tiada apa yang lebih buruk, selain memiliki pelan tindakan yang cantik di atas kertas, tetapi tidak dilaksanakan.

Bernard Reimann, seorang ahli matematik Jerman mengatakan “strategi yang hebat akan binasa jika ia dilaksanakan dengan teruk sekali” (the greatest strategy is doomed if it’s implement badly).

Faktor penting untuk melaksanakannya memerlukan pemimpin yang hebat. Sun Tzu, strategis perang negeri China pernah mengatakan “kepimpinan yang lemah boleh menghancurkan strategi yang hebat”, kerana dia tidak mampu untuk melaksanakan strategi tersebut.

Kebali pada ilmu perancangan, ada tiga (3) jenis Pelan Tindakan (Grand Design) untuk perancangan iaitu; Road Map, Flight Plan, dan Blueprint. Secara ringkas ia adalah:

Road Map Peta hala tuju yang secara ringkas menetapkan perkara atau inisiatif-inisiatif tindakan asas dalam menuju matlamat yang telah ditetapkan.

Flight Plan Pelan pelancaran iaitu yang menerangkan bagaimana sesuatu perkara atau inisiatif tindakan mahu digerakkan dan dipastikan agar tidak terpesong arah menuju matlamat.

Blueprint Pelan Bertindak yang lebih terperinci, yang menerangkan semua aspek; matlamat, cabaran, tindakan dan sebagainya. Asalnya ia adalah cetakan di atas Kertas Biru pelan struktur terperinci sebuah bangunan yang hendak dibina dan sebagainya.

Saya akan berkongsikan langkah-langkah untuk menghasilkan sebuah Blueprint yang baik. Rajah 1 di atas menunjukkan Aliran Kerja Blueprint iaitu 14 langkah demi langkah meliputi:
  1. Semakan Realiti
  2. Kenyataan Isu Sebenar
  3. Diagnosis
  4. Penetapan Faktor-Faktor Primer dan Sekunder Yang Mesti Diurus
  5. Prognosis
  6. Pengauditan Kekuatan Sumber
  7. Opsyen Strategi
  8. Jangkaan Pelbagai Senario
  9. Pemadanan Antara Badan Bertindak dan Peranan
  10. Fasa Tindakan
  11. Pengkategorian Inisiatif
  12. Sistem Pencegahan, Pemantauan, Pembaikan dan  Penjajaran Semula
  13. Strategi Suplementari
  14. Pelan Kontingensi

InsyaAllah dalam penulisan selanjutnya saya akan kongsikan perincian gerak kerja bagi tujuh (7) langkah aliran kerja yang pertama.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Kemahiran Pengendalian Penyelidikan

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Setelah kita meneliti “Asas-asas Penyelidikan Islam”. Mari kita perhatikan beberapa poin-poin penting tentang pengendalian penyelidikan yang baik dan sistematik.

Secara amnya, pengendalian penyelidikan ini merangkumi kaedah:
  1. Mengenal pasti isu dan permasalahan secara forensik
  2. Penggubalan kerangka konseptual yang jitu
  3. Pencarian dan pengulasan karya yang berkaitan
  4. Mereka bentuk soal selidik
  5. Menentukan populasi serta kaedah pensampelan 
  6. Pelaksanaan kajian rintis
  7. Pengumpulan data
  8. Pemprosesan data
  9. Penganalisisan data
  10. Merumuskan serta format dan profil cadangan

Bagi langkah; Mengenal Pasti Isu Dan Permasalahan Secara Forensik, kepentingannya ialah:
  1. Mengenal pasti permasalahan kajian
  2. Mengetahui sejauh mana tahap permasalahan
  3. Menemukan punca sebenar kajian
  4. Memahami sesuatu fenomena dengan lebih jelas
  5. Memahami isu-isu yang tersirat dan tersurat daripada kajian

Pendekatan yang boleh digunakan ialah:
  1. Mengumpul maklumat
  2. Menggunakan kaedah mencari punca sebenar masalah
  3. Menggunakan kaedah “Pareto Chart

Bagi langkah; Penggubalan Kerangka Konseptual Yang Jitu, kepentingannya ialah:
  1. Mendapat gambaran tentang situasi kajian yang hendak dikaji
  2. Melaksanakan kajian dengan sempurna mengikut strategi yang ditetapkan
  3. Mengandaikan natijah kajian dan penyebab yang membawa pada sesuatu keadaan
  4. Menjadikannya sebagai dasar pertimbangan dalam menyediakan laporan kajian

Pendekatan yang boleh digunakan ialah:
  1. Menggunakan teknik mengenal pasti sebab asas masalah
  2. Menyusun strategi implementasi
  3. Merangka pelan tindakan kajian

Bagi langkah; Pencarian Dan Pengulasan Karya Yang Berkaitan, kepentingannya ialah:
  1. Membantu segi mendapatkan gambaran yang jelas tentang kajian yang hendak dikaji
  2. Menjadikannya sebagai asas bahan rujukan kajian
  3. Mengenal pasti masalah sebenar
  4. Memberi input untuk memahami masalah kajian
  5. Membantu dalam memantapkan fokus kajian yang hendak dijalankan
  6. Membantu dalam menganalisis maklumat yang berkaitan  dengan topik kajian

Pendekatan yang boleh digunakan ialah:
  1. Mengenal pasti karya dan mencari input berkaitan
  2. Menstrukturkan maklumat
  3. Mengumpul maklumat
  4. Membaca dan meringkaskan sumber

Bagi langkah; Mereka Bentuk Soal Selidik, kepentingannya ialah:
  1. Memperoleh maklumat yang sebenar dari kalangan responden kajian
  2. Menjadikannya sebagai rujukan asas untuk mengetahui punca masalah sebenar kajian
  3. Memperoleh data yang tepat dan terkini
  4. Memudahkan proses analisis dijalankan supaya tidak tersasar daripada objektif kajian

Bagi langkah; Penentuan Populasi Dan Kaedah Pensampelan, kepentingannya ialah:
  1. Memperoleh maklumat yang tepat berdasarkan sampel yang mewakili jumlah populasi kajian.
  2. Menghasilkan analisis yang sahih mengikut pengiraan sampel yang betul dan sasaran populasi yang tepat.
  3. Menyesuaikan segi kos dan masa kajian yang dilaksanakan

Pendekatan yang boleh digunakan ialah:

1. Menentukan sasaran populasi dan rangka pensampelan
2. Memilih teknik pensampelan
                   i.       Pensampelan kebarangkalian (Probability sampling)
a.    Pensampelan rawak mudah (Simple random sampling)
b.    Pensampelan sistematik (Systematic sampling)
c.     Pensampelan rawak berstratifikasi (Stratified random sampling)
d.    Pensampelan kluster (Cluster sampling)
                     ii.   Pensampelan bukan kebarangkalian (Non-probability sampling)
3. Menentukan saiz sampel


Untuk poin-poin bagi langkah; Menjalankan Kajian Rintis, Kaedah Pengumpulan Data, Kaedah Pemprosesan Data,  Kaedah Penganalisisan Data, Dan  Kaedah Format Dan Profil Cadangan, serta perincian lanjut boleh diperolehi dalam buku “Manual Penyeldikan Secara Islam” (klik untuk lanjut).

Wallahu A’lam, Wassalam.

Asas-Asas Penyelidikan

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Setelah kita meneliti “Penyelidikan dari Persepektif Islam”. Mari kita lihat pula asas-asas penyelidikan dalam Islam. Di samping pendekatan-pendekatan yang Islami, asas-asas penyelidikan juga diadun dengan kaedah dan prinsip berdasarkan keilmuan kontemporasi dan konvensional.

Dengan mengaplikasikan ilmu pengetahuan semasa iaitu kebijaksanaan, dengan sendirinya kita berpegang pada prinsip Islam yang mahu umat memburu ilmu dan menggunakan hikmah dalam kehidupan.

Saya hanya akan berkongsikan poin-poin asas tentang aspek asas-asas penyelidikan ini. Manakala perinciannya boleh dirujuk dalam buku “Manual Penyeldikan Secara Islam” (klik untuk lanjut).

ASAS PERTAMA: Memahami Sebab Musabab Penyelidikan. Ia penting kerana dapat:
  1. Mengenal pasti isu dan permasalahan
  2. Membantu penyelidik untuk memahami realiti sebenar
  3. Membantu menilai keberkesanan dasar, program dan usaha organisasi
  4. Membantu mengenal pasti ruang penambahbaikan
  5. Membantu dalam membuat keputusan

Setelah memahami sebab musabab, pendekatan yang sesuai harus digunakan memahami realiti isu, masalah dan perkara-perkara yang berkaitan. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah; S.O.C.R.A.T.E.S, Bottom up –Top Down, A.I.D.A.C, Objektif dan misi organisasi, Pembacaan, Percambahan fikiran, Pemerhatian, Pengalaman sebenar, D.I.K.W, P.A.R.L.I, P.E.R.O.S1.A.S2.S3, R.A.I.D.K.A.A.R.E.I, P.D.C.A dan P.I.O.C.To.C.

ASAS KEDUA: Memahami Jenis-Jenis Penyelidikan. Ia penting kerana dapat:
  1. Menyesuaikan jenis penyelidikan yang dipilih berdasarkan kajian yang dikaji
  2. Menjadikannya sebagai rujukan asas dalam melakukan proses metodologi kajian
  3. Antara jenis-jenis penyelidikan ialah; Penerokaan, Deskriptif, Korelasi, Eksperimental, Analitikal, Jangkaan, Konseptual, Dokumentasi, Lapangan, Diagnostik, Prognostik, Kebolehlaksanaan, Perolehan Pendapat, Perbandingan, Sejarah, Pemasaran, dan Tindakan. Penerangan jenis-jenis penyelidikan seperti di Jadual 1.

 Jadual 1: Jenis-Jenis Penyelidikan

Bil.
Jenis Penyelidikan
Fokus
1.
Penerokaan
Memahami sesuatu senario  yang mana tiada atau sedikit sahaja maklumat yang diperoleh
2.
Deskriptif
Menjelaskan secara menyeluruh tentang gelagat populasi serta senario dan realiti isu permasalahan kajian
3.
Korelasi
Memahami hubungan di antara dua pemboleh ubah dan mengesahkan hipotesis awalan
4.
Eksperimental
Mengawal dan memanipulasi pemboleh ubah-pemboleh ubah untuk menghasilkan situasi-situasi tertentu sama ada di dalam makmal atau dalam kehidupan sebenar. Maklum balas daripada responden dijadikan kayu ukur untuk menilai perbezaan antara situasi-situasi tersebut
5.
Analitikal
Memahami sesuatu isu atau sebagainya, demi untuk memajukan sesuatu tindakan susulan yang bertepatan (penyelesaian pada masalah, memberi perspektif yang lebih baik, mengaitkan hubungan antara faktor-faktor dan lain-lain)

ASAS KETIGA: Pemadanan Antara Penyebab Dan Jenis Penyelidikan. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah; Six Thinking Hats dan P.E.R.O.S1.A.S2.S3, dan ia perting kerana:
  1. Menepati tujuan sebenar atau objektif  penyelidikan
  2. Memberi gambaran yang jelas kepada penyelidik

ASAS KEEMPAT: Senario Yang Mungkin Dihadapi Oleh Penyelidik. Senario yang berlaku penting untuk difahami kerana:
  1. Menyedarkan penyelidik supaya sentiasa berpegang pada niat
  2. Menuntut penyelidik untuk memiliki corak pemikiran kreatif, kritikal dan konstruktif
  3. Melengkapkan diri dengan nilai-nilai empati dan sensitiviti khususnya bagi menangani individu dan situasi yang sukar
  4. Mengutamakan kesihatan segi daya ketahanan fizikal

Antara jenis-jenis senario yang mungkin dihadapi oleh seseorang penyelidik ialah; Pemusatan, Pencapahan, Penolakan, Pelanjutan, Statik, Pemutaran, Tidak konsisten, dan Tidak fokus. Antara penjelasannya seperti berikut:
  1. Pemusatan - Responden memberi kerjasama sepenuhnya kepada para penyelidik.
  2. Pencapahan - Responden tidak memberi jawapan seperti mana yang dikehendaki dalam borang kaji selidik.
  3. Penolakan - Responden menolak untuk memberi kerjasama  kerana tahap ketidakpuasan yang membimbangkan di samping  taksub pada perspektif sendiri.
  4. Pelanjutan - Responden yang memerlukan tempoh masa lebih lama dan usaha yang lebih gigih daripada pasukan penyelidik bagi  meyakinkan mereka untuk memberikan kerjasama.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Penyelidikan Menurut Prinsip Islam

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Penulisan kali ini bertemakan “Penyelidikan Menurut Islam”. Saya yakin bahawa “penyelidikan” adalah salah satu aktiviti penting menjana keilmuan. Melalui penyelidikanlah fenomena alam dan kehidupan dapat diteroka lalu ilmu-ilmu baharu dapat dicipta atau jumpai (discover) untuk manfaat hidup manusia yang seterusnya.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini bahawa al-Quran adalah sumber “kehidupan manusia”; hidayah, ilmu, pedoman, peringatan, ubat dan sebagainya. Justeru pesan keilmuan di dalam al-Quran menjadi asas kepada aktiviti-aktiviti keilmuan termasuklah aktiviti “penyelidikan”.

PERTAMA ialah gesaan agar membaca, dan KEDUA media penyimpanan dan penyampaian ilmu ialah melalui pena dan tulisan. Ini adalah aktiviti merekodkan apa juga data dan maklumat yang diperolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”  [al-Alaq (96): 1 – 5].

KETIGA ialah berguru mencari ilmu pengetahuan melalui pembelajaran. Selain pencarian ilmu melalui pembacaan seperti yang ditegaskan di permulaan wahyu, pencarian ilmu yang utama ialah dengan berguru. Misalnya kisah nabi Musa yang belajar dengan nabi Khidir seperti diceritakan dalam surah al-Kahfi ayat 65 hingga 82.

Asasnya ialah belajar dari mereka yang pakar tentang sesuatu perkara. Allah SWT berfirman yang bermaksud “Maka bertanyalah kamu kepada “Ahlu al-Dhikri” (orang yang berilmu) jika kamu tidak mengetahuinya. [al-Anbiya’ (21): 7]

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman yang bermaksud “(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), - Kitab yang penuh keberkatan untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna (ulul al-bab) beringat mengambil iktibar. [Sad (38): 29]

Ayat di atas mengisyaratkan pesanan keilmuan KEEMPAT ialah meneliti dan mengkaji bahan maklumat bertulis / berekod. Al-Quran itu sendiri Al-Quran yang amat kaya dengan asas-asas petunjuk untuk jumpaan ilmu-ilmu kehidupan yang baharu. Maka ia harus dibaca agar dapat dipelajari, diteliti dan diaplikasikan isi kandungannya dalam segenap ruang kehidupan.

Ini membawa kepada pesan KELIMA iaitu apabila membaca, gunakanlah akal fikiran dan jadilah orang-orang yang berakal (ulul al-bab), iaitu golongan yang mahu mengambil pelajaran dari kitab al-Quran.

KEENAM – mengembara, mencari dapatan maklumat baharu di lapangan kehidupan. Banyak data dan maklumat baharu yang belum direkodkan berada di lapangan. Allah SWT berfirman yang bermaksud “Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – akan tergerak hati mereka untuk memahaminya, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” [al-Hajj (22): 46]

Seterusnya pesan keilmuannya ialah prinsip-prinsip yang perlu ada apabila berfikir dan meneroka ilmu pengetahuan. Maka KETUJUHgesaan berfikir (menyelidik) untuk mengukuh keimanan dengan mengakui kehebatan ciptaan Allah SWT.

Seperti yang dibincangkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (ulul al-bab). “Iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring, dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata); Ya Tuhan kami, bukanlah Engkau jadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksaan neraka.” (Ali ‘Imran: 190)

KELAPAN – gesaan menyelidik sebagai suatu proses pencarian kebenaran bagi memperjelaskan sebarang kekeliruan. Al-Quran menggunakan lafaz (fatabayyanu) yang bermakna “selidikilah”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." [al-Hujurat (49): 6]

KESEMBILAN – mendengar (menyelidik) kejadian Allah untuk mengambil pengajaran bagi urusan kehidupan. Firman Allah SWT yang bermaksud “Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan bumi dengan air hujan itu sesudah matinya, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar." [al-Nahl (16): 65]. Dari ayat ini bercambahnya ilmu tentang bidang pertanian bagi manfaat kehidupan manusia.

Jika dilihat pada tujuh pesan keilmuan di dalam al-Quran, ia seperti rantaian berikut ini; 1. Membaca – 2. Pena dan Tulisan – 3. Berguru dari “Ahlu al-Dhikri” – 4. Meneliti bahan bertulis – 5. Gunakan akal fikiran (ulul al-bab) – 6. Mengembara (dapatan maklumat di lapangan) – 7.Prinsip; Berfikir untuk mengukuh keimanan – 8. Prinsip; Menyelidik mencari kebenaran – 9. Prinsip; Mendengar (menyelidik) kejadian Allah untuk mengambil pengajaran bagi urusan kehidupan.

Dalam sesebuah aktiviti penyelidikan, sembilan (9) rantaian aktiviti dan prinsip yang tersebut, adalah antara asas kepada satu penyelidikan yang Islami; menuruti ajaran agama untuk mencari dan mencambahkan ilmu pengetahun, dan di samping itu berpegang pada berprinsip antaranya untuk mengambil pengajaran, mencari kebenaran dan memanfaatkan penyelidikan untuk kehidupan yang lebih baik.

Untuk selanjutnya, di dalam buku “Manual Penyelidikan Secara Islam” (klik untuk lanjut), ciri-ciri penyelidikan Islam, asas-asas penyelidikan, perancangan penyelidikan, kemahiran pengendalian penyelidikan dan kaedah penyediaan laporan ada dibincangkan secara terperincian. Di blog ini saya akan berkongsikan poin-poin penting bagi; asas-asas penyelidikan dan kemahiran pengendalian penyelidikan.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Kaedah 8: IMPACT MATRIX

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Untuk kaedah kelapan, saya kongsikan kaedah IMPACT MATRIX seperti di Rajah 1.  aedah MATRIXlai-nilai tersebut tiada pada pesaing-pesaing lainksi melintar

Secara amnya kaedah ini dapat membantu seseorang membuat keputusan tentang suatu perkara atau merancang sesuatu program sama ada mendatangkan kesan atau impak yang maksima atau tidak.



Rajah 1: IMPACT MATRIX

Rajah 1. kaedah IMPACT MATRIX yang turut menunjukkan empat (4) ruang kuadran. Pada paksi melintang adalah tahap impak, semakin ke kanan semakin tinggi impak. Manakala paksi menegak adalah tahap pelaksanaan, semakin ke atas semakin tinggi tahap kesukaran untuk melaksanakan sesuatu. Pada setiap kuadran bacaannya seperti berikut:

KUADRAN 1; sesuatu perkara yang jika dilaksanakan “kesan rendah” (level of impact - low) dan “pelaksanaan sukar” (level of implementation - difficult) – maka lupakan sahaja (forget it).

KUADRAN 2; sesuatu perkara yang jika dilaksanakan “kesan rendah” (level of impact - low) dan “pelaksanaan mudah” (level of implementation - easy) – maka cuba dahulu (try first).

KUADRAN 3; sesuatu perkara yang jika dilaksanakan “kesan tinggi” (level of impact - high) dan “pelaksanaan mudah” (level of implementation - easy) – maka laksanakan (execute).

KUADRAN 4; sesuatu perkara yang jika dilaksanakan “kesan tinggi” (level of impact - high) dan “pelaksanaan sukar” (level of implementation - difficult) – maka buat model percubaan (do prototype).

Misalnya sebuah kilang yang mengeluarkan produk mainan kanak-kanak. Jika mainan yang dihasilkan kelihatan menarik, mengikut tren semasa dan kosnya rendah, maka terus sahaja pengeluaran barag mainan tersebut. Jika barang mainan yang dihasilkan tidak menarik, tidak mengikut tren malah memerlukan kos tambahan untuk menghasilkannya, maka lebih baik tidak dilaksanakan. Begitulah seterusnya.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Kaedah 7: MINDSET MODEL

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Untuk kaedah ketujuh, saya kongsikan kaedah MINDSET MODEL seperti di Rajah 1. Secara amnya kaedah ini dapat membantu kita dalam memutuskan atau merancang pengisian pelaksanaan sesuatu perkara atau program dengan memahami dimensi pemikiran otak manusia.




Rajah 1: Kaedah MINDSET MODEL

Pada Rajah 1 menunjukkan tiga (3) jenis dimensi otak manusia iaitu:

  1. Mindset “Memory Driven”; pemikiran yang dipacu oleh memori, iaitu seseorang yang berfikir secara dominannya merujuk kepada memori lalu (sejarah / nostalgia), hanya sebahagian kecil pemikirannya merujuk pada realiti semasa dan masa hadapan. Biasanya golongan senior dan sudah berumur (50 / 60 tahun ke atas) akan mempunyai pemikiran seperti ini.
  2. Mindset “Dream Driven”; pemikiran yang dipacu oleh impian, iaitu seseorang yang berfikir secara dominannya merujuk kepada impian masa hadapan (matlamat / angan-angan), hanya sebahagian kecil pemikirannya merujuk pada realiti semasa dan masa lalu. Biasanya golongan remaja dan belia (20 / 30 tahun ke bawah) akan mempunyai pemikiran seperti ini.
  3. Mindset “Reality Driven”; pemikiran yang dipacu oleh realiti, iaitu seseorang yang berfikir secara dominannya merujuk kepada realiti semasa (situasi hari ini / dihadapi sekarang), hanya sebahagian kecil pemikirannya merujuk pada masa hadapan dan masa lalu. Biasanya golongan dewasa (20 / 30 tahun hingga ke 50 / 60 tahun) akan mempunyai pemikiran seperti ini.

Apabila kita memahami kaedah MINDSET MODEL ini, kita dapat mengaplikasikan misalnya dalam perancangan isi kandungan sesuatu program. Jika ia program ceramah maka:
  1. Jika perserta program majoritinya golongan muda, lebih baik penceramahnya pun orang muda kerana dia bercakap “bahasa orang muda” dan tentang masa hadapan mereka. Ataupun penceramahan seorang yang senior, maka isi kandungan ceramahnya harus lebih banyak berbicara tentang impian dan masa hadapan orang muda.
  2. Jika perserta program majoritinya golongan pertengahan, lebih baik penceramahnya pun orang pertengahan umur dan bercakap tentang perkara-perkara semasa. Sekali-sekali turut menyentuh perkara-perkara lampau dan juga masa hadapan.
  3. Jika perserta program majoritinya golongan berumur, lebih baik penceramahnya pun orang berumur dan bercakap lebih banyak tentang perkara lalu serta nostalgia.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Kaedah 6: JOHARI WINDOW

Assalamualaikum Semua
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Untuk kaedah keenam, saya kongsikan kaedah JOHARI WINDOW seperti di Rajah 1. Kaedah ini dicipta oleh dua (2) orang ahli psikologi Amarika pada tahun 1955 iaitu, Joseph Luft (1916–2014) and Harrington Ingham (1914–1995). Kombinasi abjad awalan pada nama mereka; JO dan HARRI - JOHARI, menghasilkan nama untuk kaedah ini.

Secara amnya kaedah ini dapat membantu seseorang untuk memahami lebih baik hubungan mereka tentang diri sendiri dan dengan juga orang lain. Ia digunakan terutamanya untuk kumpulan bantu diri (self-help group) dan latihan untuk mempelajari sesuatu melalui pengalaman sendiri. 




Rajah 1: Kaedah JOHARI WINDOW

Rajah 1. menunjukkan kaedah JOHARI WINDOW yang juga menampilkan empat (4) ruang kuadran iaitu:

  1. KUADRAN 1; sesuatu perkara yang “saya tahu” (known to me) dan “orang lain pun tahu” (known to others) – maka teruskan (pursue).
  2. KUADRAN 2; sesuatu perkara yang “saya tahu” (known to me) tetapi “orang lain tidak tahu” (unknown to others) – maka ia perlu dijelaskan (explain).
  3. KUADRAN 3; sesuatu perkara yang “saya tidak tahu” (unknown to me) dan “orang lain pun tahu” (known to others) – maka perlu berhati-hati (be wary).
  4. KUADRAN 4; sesuatu perkara yang “saya tidak tahu” (unknown to me) dan “orang lain pun tidak tahu” (unknown to others) – maka selidikilah dahulu (investigate).

Kaedah JOHARI WINDOW amat membantu seseorang ketua atau pengurus untuk memutuskan apakah pendekatan terbaik untuk pelaksanaan sesuatu keputusan, usaha atau perancangan.

Misalnya dia mahu melaksanakan pemberian insentif kepada kakitangan agar dapat meningkatkan produktiviti organisasi dengan pemberian saguhati maka situasinya:

Inisiatif tersebut saya ketahui dan turut diketahui oleh kakitangan dari segi kebaikan dan kaedah pelaksanaan, maka terus dilaksanakan.

Inisiatif tersebut saya ketahui tetapi tidak diketahui oleh kakitangan dari segi kebaikan dan kaedah pelaksanaan, maka penjelasan perlu diberikan sebelum dilaksanakan.

Inisiatif tersebut saya tidak ketahui tetapi diketahui oleh kakitangan dari segi kebaikan dan kaedah pelaksanaan, maka perlu berhati-hati jika perkarra tersebut dibawa ke pengetahuan saya.

Inisiatif tersebut saya tidak ketahui dan juga tidak diketahui oleh kakitangan, maka kajian perlu dilakukan dari segi dari segi kebaikan dan kaedah pelaksanaan sebelum dilaksanakan.

Wallahu A’lam, Wassalam.

Kaedah 5: EISENHOWER MATRIX

Assalamualaikum Semua

Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk orang-orang beriman.

Untuk kaedah keemapat, saya kongsikan kaedah EISENHOWER MATRIX. Secara amnya kaedah ini adalah penyelesaian (solution) yang membantu dalam pengurusan masa dan tugasan. Ia membantu dalam penyusunan prioriti tugasan, meminimakan tekanan dan meningkatkan produktiviti.

EISENHOWER MATRIX mengambil sempena nama Presiden Amerika Syarikat ke-34 iaitu Dwight D. Eisenhower (berkhidmat 1953-1961). Beliau berkhidmat sebagai jeneral sewaktu Perang Dunia Kedua dan pernah menjadi Komander Utama tentera NATO. Sewaktu itu beliau sentiasa perlu membuat keputusan yangs sukar yang memerlukan beliau fokus dan menyusun tugasan mengikut prioriti tertentu.

Kata-kata masyhur beliau – “Apa yang penting, jarang segera, dan apa yang segera, jarang penting” (What is important is seldom urgent and what is urgent
is seldom important.)
Cara dan pemikiran beliau menghasilkan Prinsip Eisenhower yang membantu orang lain untuk menyusun prioriti tugasan berdasarkan keutamaan dan kepentingan sesuatu perkara.
  
  
Rajah 1: Kaedah EISENHOWER MATRIX

Rajah 1 menunjukkan kaedah EISENHOWER MATRIX yang menunjukkan empat (4) ruang kuadran iaitu:
  1. KUADRAN 1; Segera & Penting (Urgent & Important) – Laksanakan segera sendiri.
  2. KUADRAN 2; Segera & Tidak Penting (Urgent & Not Important) – Delegasi pada orang lain.
  3. KUADRAN 3; Penting & Tidak Segera (Important & Not Urgent) – Putuskan bila masa mahu dilaksanakan.
  4. KUADRAN 4; Tidak Penting & Tidak Segera (Not Important & Not Urgent) – Buat kemudian.

Kaedah EISENHOWER MATRIX amat membantu seseorang ketua atau pengurus untuk memutuskan penyusunan tugasan beliau setiap hari; penyediaan jadual atau diari harian serta lis tugasan (to do list) atau senarai semak. Banyak tugasan yang perlu dilakukan, maka yang perlu didahulu, didahulukan, dan yang kemudian, dikemudiankan.

Misalnya seorang ketua ada lis tugasan perkara dan beliau mengkategorikan lis tersebut berdasarkan kaedah EISENHOWER MATRIX, maka hasilnya seperti berikut:
  1. Kematian seorang sahabat baik dan rakan penting; status – segera & penting; tindakan – perlu segera menziarahi jenazahnya
  2. Mesyuarat persiapan program lagi dua hari berlangsung; status – segera & tidak penting; tindakan – minta timbalan mempengerusi mesyuarat tersebut.
  3. Penyediaan bajet tahunan organisasi; status – penting & tidak segera; tindakan – meletakkan jadual untuk dibincangkan dalam mesyuarat minggu depan.
  4. Mengukur dan menempah baju kot baharu; status – tidak penting & tidak segera; tindakan – minta pembantu mengingatkan nanti untuk diputuskan bila boleh dilakukan.

Begitu juga sesuatu tindakan strategik yang ditentukan untuk manfaat organisasi, ia perlu diputuskan bilakah masa (timing) terbaik untuk melaksanakannya. Dengan menggunakan kaedah EISENHOWER MATRIX ia dijangka dapat membantu.

Wallahu A’lam, Wassalam.