Assalamualaikum
Semua
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad, yang
membacakan ayat-ayat Allah, mengajarkan kitab al-Quran serta hikmah untuk
orang-orang beriman.
Manusia adalah makhluk Allah SWT yang
teristimewa kerana dikurniakan akal fikiran atau daya berfikir (minda). Akal
bukan sekadar wujudnya fizikal-otak, tetapi secara batinnya; kebolehan
menerima, memproses, memahami, menafsir maklumat yang diterima oleh
pancaindera, malah dapat diolah dalam bentuk atau konsep yang baharu.
Aktiviti berfikir ini adalah suatu perlu
bagi seorang manusia, apatah lagi sebagai seorang strategis. Allah SWT
menyifatkan manusia yang menggunakan akal fikiran sebagai golongan ulul al-bab (orang yang berakal).
Firman-Nya yang bermaksud “ …”
Pada amnya, otak fizikal seseorang manusia
itu ada dua bahagian. Otak sebelah kiri untuk minda (pemikiran) logik,
sementara otak kanan untuk minda (pemikiran) kreatif.
Dari dua bahagian otak ini, minda seseorang
itu dapat dibahagikan kepada empat (4) pecahan (quadrants). Bahagian otak; kiri hadapan – untuk fungsi minda fakta
(factual) dan analitik (analytical), kanan hadapan – untuk
fungsi minda melihat masa hadapan (visionary),
kiri belakang – untuk fungsi minda prosedur (procedural), dan kiri belakang – untuk fungsi minda yang emosi (emotional).
Sebagai seorang strategi kita harus
memahami fungsi otok kita. Cara kita berfikir mestilah kaya dari sudut pelbagai
dimensi. Kita harus menyedari bahawa terdapat pelbagai jenis minda (pemikiran)
yang seharusnya difahami dan dikuasai.
Antaranya jenis pemikiran; kreatif – kebolehan memikir membina benda baharu, konstruktif – kebolehan
memikir membina benda baharu atas perkara yang sudah ada, kritikal – kebolehan memikir menegur sesuatu kelemah dan memberi alternatif, diagnostik – kebolehan memikir dengan mengenal pasti akar sesuatu masalah, dan prognostik – kebolehan memikir sesuatu akibat jika tiaa sebarang langkah diambil.
Keseluruhannya, ada 22 jenis cara pemikiran
manusia. Antaranya pemikiran sistematik, idealistik, lateral, pragmatic,
logikal, emotif, projektif, positif, reaktif dan sebagainya.
Pada satu-satu masa pemikiran kita dominan
pada satu jenis pemikiran. Kita seharusnya bijak memilih jenis pemikiran yang
sesuai mengikut keperluan situasi, masa dan tempat. Mengetahui perbezaan dan
jenis pemikiran ini juga membolehkan kita memahami pemikiran orang di
sekeliling kita. Ini amat membantu dalam perhubungan dan komunikasi.
Allah SWT tidak menjadikan apa juga perkara
sia-sia, termasuklah jenis-jenis pemikiran yang pelbagai ini. Semuanya ada
tempat dan kepentingannya bagi membantu manusia melayari kehidupan di dunia
ini. Paling penting apa juga jenis cara fikir, ia harusnya untuk kebaikan diri,
keluarga dan kemaslahatan umat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan